FUNGSI USB- PEN DRIVE

Malah dengan rupa bentuk yang pelbagai dan menarik, dijadikan sebagai sebahagian fesyen kepada seseorang. Apa yang lebih menarik ialah peranan Cakera Flash USB ini bukan sahaja untuk penyimpanan data semata-mata tetapi terdapat kegunaan-kegunaan yang lain.
Antaranya adalah seperti berikut:-
• Ia boleh digunakan untuk melarikan program-program komputer secara terus daripadanya seperti OpenOffice, Mozilla Firefox dan lain-lain. Program-program komputer ini boleh dipilih oleh anda untuk memasangkannya kepada Cakera Flash USB tersebut. Sila lawati laman wen Portable Apps.com untuk mengetahui faedah ini.
• Sekiranya anda mahu Cakera Flash USB ini berfungsi lebih daripada melarikan program-program komputer, maka ia perlu berupaya melarikan sistem pengoperasian. Ini boleh lakukan sama ada anda mahu larikan sistem pengoperasian Windows atau Linux. Konfigurasinya agar rumit tapi anda boleh dapati manualnya di Internet.
• Cakera Flash USB juga boleh dijadikan alat untuk sambungan tanpa wayar dengan menggunakan fungsi konfigurasi sambungan tanpa wayar yang ada dalam Windows dan menyimpan salinan konfigurasi sambungan wayar itu ke dalamnya.
• Ia juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai alat mereset kata laluan bagi Windows.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar